TAKSUB
FITRI UMAIRA
ISBN: 978-967-2035-40-4
RM24(SM)/RM27(SS)
TERBITAN: MAC 2019
Asywad Afendi adalah seorang penulis
yang mempunyai masalah sosial, tidak suka bergaul dengan dunia luar dan hanya
menumpukan sepenuh perhatiannya pada manuskrip.
Dunianya
hanyalah didalam bilik, yang sering membawanya pergi kedalam dunia fantasi
penulisan yang sedang dia siapkan.
Taksub,
sebuah manuskrip yang diberi nama olehnya. Yang menceritakan tentang seorang
penulis dibawah keadaan separuh sedar telah meneroka satu dunia yang berbeza
namun jasadnya masih kekal dialam nyata.
Kisah
yang di tulis tidak berpenghujung...
Kemunculan
Ainul Batrisyah sebagai watak utama dalam manuskripnya telah membantunya dalam
menyiapkan hampir sepenuh kisah. Setiap jalan penemuan yang dibawa, seoalah
menceritakan hal yang sebenarnya berlaku dalam dunia realiti gadis itu.
Terlampau
obses dengan apa yang dia nampak dan lalui, tanpa dia sedar... perwatakannya
mulai berubah. Kini, peranannya bukan sekadar seorang penulis yang bermasalah
sosial bahkan masalah pada personaliti diri yang dibawa dalam manuskrip.
Ditambahkan
lagi dengan tekanan kerja yang perlu dia siapkan segera, keobsesiannya makin
ketara bersama keseronokan meneroka dunia Ainul Batrisyah...
Kerana
TAKSUB itu tiada penghujung.
No comments:
Post a Comment